BERITA TERKINI   Umat ​​Islam di Thailand menyambut Aidilfitri pada Sabtu - Sheikhul Islam | Umat ​​Islam di Singapura akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu (21 Mac) - Mufti Singapura | Umat ​​Islam di Indonesia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac - Menteri Hal Ehwal Agama | Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja | 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Berikutan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM38.29 bilion daripada RM38.34 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam berkurangan kepada RM16.0 bilion daripada RM17.73 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat satu tender repo berbalik.

Pada 4 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional bernilai RM38.30 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM16.0 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 14 Oktober, 2025.

-- BERNAMA