Ascott Lancar Peraduan Fotografi Menjelang Pembukaan HARRIS Hotel & Conventions Sunshine

GEORGE TOWN, 15 Okt (Bernama) -- The HARRIS Hotel & Conventions Sunshine diuruskan oleh The Ascott Limited Malaysia akan dibuka pada Januari, 2026, menandakan kemunculan jenama HARRIS di Pulau Pinang.

Ascott berkata dalam satu kenyataan hari ini berkata hotel itu direka untuk pengembara perniagaan dan percutian, menawarkan bilik tetamu moden, ruang mesyuarat yang canggih dan layanan istimewa HARRIS.

Sempena pembukaaan awal pada Januari tahun depan, hotel itu telah melancarkan Harris Photo Hunt 2025, pertandingan fotografi di seluruh negara bertemakan “Heritage and Nature” (Warisan dan Alam Semula Jadi).

Pengurus Besar Ascott bagi Malaysia Mondi Mecja berkata syarikat itu berharap dapat menggalakkan rakyat Malaysia menghargai keindahan persekitaran mereka secara litarel menerusi penggunaan bayang-bayang untuk HARRIS Photo Hunt tahun ini.

“Ketika kami membuat persediaan untuk pembujaab hotel itu pada awal 2026, inisiatif ini juga mencerminkan komitmen kami untuk mengadakan libat urus dengan masyarakat dan meraikan watak unik Pulau Pinang,” katanya.

Berlangsung dari 13 Oktober hingga 13 Disember, peraduan tersebut adalah percuma dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia, jumlah hadiah ditawarkan bernilai sehingga RM7,000 untuk dimenangi.

Peraduan foto seluruh negara itu mencabar peminat fotografi untuk merakam momen shadow photography yang menarik bagi meraikan kekayaan warisan budaya dan keindahan alam semula jadi Malaysia.

Peserta boleh menyerahkan gambar terbaik mereka secara dalam talian ke halaman peraduan rasmi di https://www.discoverasr.com/en/harris/malaysia/harris-hotel-conventions-sunshinepenang/Harris_Hotel_Conventions_Sunshine_Penang.

Pemenang akan diumumkan pada Disember, 2025, menjelang majlis pembukaan awal hotel tersebut.

-- BERNAMA