Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2025 dan November 2025 naik setengah mata setiap satu kepada 1,612.5. Kontrak Disember 2025 susut setengah mata kepada 1,610.0, dan Mac 2026 turun satu mata kepada 1,591.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8,540 lot daripada 7,386 pada Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 49,604 kontrak daripada 49,043 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 3.73 mata, atau 0.23 peratus, kepada 1,611.46 daripada 1,615.19 pada Isnin.

-- BERNAMA