Bursa Malaysia Terjejas Seiring Prestasi Serantau Ekoran Ketegangan Dagangan AS-China

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Okt  (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring prestasi suram bursa serantau berikutan sentimen pasaran terjejas akibat ketegangan perdagangan baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.06 mata mewakili 0.43 peratus kepada 1,615.19 daripada 1,622.25 ketika ditutup pada Jumaat.

 Indeks penanda aras itu dibuka 20.50 mata lebih rendah pada paras 1,601.75  dan bergerak antara 1,601.75 dan 1,618.13 sepanjang sesi dagangan.

Pasaran secara keseluruhan mencatatkan kecenderungan negatif dengan 817 kaunter rugi  mengatasi 377 kaunter untung, manakala 452 kaunter tidak berubah, 1,014 tidak diniagakan dan 35 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.57 bilion unit bernilai RM2.82 bilion berbanding 3.23 bilion unit bernilai RM2.84 bilion sebelum itu.

Naib Presiden Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup rendah seiring dengan aktiviti jualan besar-besaran di pasaran serantau susulan kebimbangan terhadap ancaman tarif baharu AS serta tindakan balas dari Beijing. 

“Pada Jumaat Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif sebanyak 100 peratus ke atas semua eksport China ke AS susulan sekatan eksport bahan mineral kritikal oleh China.

“Perkembangan ini mendorong pelabur mengambil pendekatan berhati-hati, menyebabkan aktiviti pengambilan untung di seluruh rantau ini ketika pasaran menilai kesan potensi terhadap perdagangan global dan pertumbuhan ekonomi,” katanya kepada Bernama.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi Tenaga Nasional menokok 4.0 sen kepada RM13.26, dan Public Bank naik 8.0 sen kepada RM4.22, sementara itu, Maybank susut 2.0 sen kepada RM9.93, CIMB Group turun 7.0 sen kepada RM7.43, dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.99.

Dalam kalangan saham aktif, Top Glove naik 3.0 sen kepada 70.5 sen, dan Tanco menambah setengah sen kepada 85 sen. Zetrix susut 2.0 sen kepada 84 sen, dan Pharmaniaga turun 1.0 sen kepada 27.5 sen, manakala XOX merosot setengah sen kepada 10.5 sen.

Sementara itu, kaunter paling untung, Nestle menokok RM2.04 kepada RM99.60, Petronas Dagangan naik 26 sen kepada RM23.00, KSL Holdings menokok 18 sen kepada RM2.88, Press Metal meningkat 14 sen kepada RM6.25, dan Unisem naik 14  kepada RM3.61.

Antara kaunter paling rugi, Malaysian Pacific Industries susut 42 sen kepada RM30.30, Heineken Malaysia turun 40 sen kepada RM20.40, Hong Leong Industries fell 32 sen to RM13.76, UMS Integration declined 22 sen to RM4.63, and Eurospan slipped 20 sen to RM2.68.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 52.77 mata kepada 12,078.54, Indeks FBMT 100 turun 54.73 mata kepada 11,799.15, Indeks FBM Emas Shariah merosot 26.17 mata kepada 12,172.80, Indeks FBM 70 turun 93.10 mata kepada 17,084.42 dan Indeks FBM ACE merosot 48.35 mata kepada 5,250.41.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurang 161.39 mata kepada 18,222.05, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.34 mata kepada 174.52, Indeks Tenaga merosot 3.83 mata kepada 795.17, manakala Indeks Perladangan berkurangan 25.83 mata kepada 7,865.12.

Dari segi jumlah dagangan, Pasaran Utama mencatat peningkatan kepada 1.93 bilion unit bernilai RM2.49 bilion, berbanding 1.78 bilion unit bernilai RM2.54 bilion sebelumnya.

Dagangan waran turut meningkat kepada 1.12 bilion unit bernilai RM134.92 juta berbanding 1.04 bilion unit bernilai RM130.19 juta minggu lepas.

Pasaran ACE juga mencatat aktiviti dagangan lebih aktif dengan 516.48 juta unit bernilai RM188.52 juta, naik daripada 411.55 juta unit bernilai RM162.59 juta pada Jumaat lepas.

Dalam pada itu, saham produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang kepada 276.22 juta saham diniagakan, diikuti produk dan perkhidmatan perindustrian (380.77 juta), pembinaan (86.49 juta), teknologi (342.48 juta), perkhidmatan kewangan (84.81 juta), hartanah (229.51 juta), perladangan (24.51 juta), amanah pelaburan hartanah (30.75 juta), dana tertutup (32,900), tenaga (109.48 juta), penjagaan kesihatan (264.73 juta), telekomunikasi dan media (27.89 juta), pengangkutan dan logistik (26.74 juta), utiliti (41.57 juta), manakala amanah perniagaan (sifar).

-- BERNAMA