BERITA TERKINI   Intitusi pondok dan tahfiz perlu lakukan penyesuaian termasuk kuasai teknologi digital dan AI - PM Anwar | Kerajaan lulus RM34.81 juta tahun ini untuk laksana 137 projek pembaikan kecil pondok dan tahfiz di seluruh negara - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Selepas Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah selepas menjejaki kemerosotan emas di COMEX di tengah-tengah aktiviti pengambilan keuntungan. 

Kontrak bulan semerta Oktober 2025 jatuh kepada US$3,998.20 setiap auns troy daripada US$4,048.70 yang dicatatkan semasa ditutup semalam, manakala kontrak November 2025 menurun kepada US$4,014.40 daripada US$4,064.90 dan kontrak Disember 2025 susut kepada US$4,031.40 berbanding US$4,080.0 sebelum ini.

Kontrak Januari 2026 melemah kepada US$4,048.40 setiap auns troy daripada US$4,097.0 semalam, manakala Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 kesemuanya diselesaikan lebih rendah pada US$4,065.30 berbanding US$4,113.90 setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 971 lot daripada 580 lot, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 995 kontrak daripada 626.

Emas fizikal berjumlah US$4,019.25 setiap auns troy berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 9 Oktober 2025. 

- BERNAMA