BERITA TERKINI   India sokong peranan Malaysia sebagai negara rakan BRICS, aspirasi jadi anggota BRICS - Kenyataan Bersama | Malaysia sambut baik India sebagai Pengerusi BRICS 2026 - Kenyataan Bersama | PM Anwar, Modi saksi pertukaran 11 MoU antara Malaysia dan India | Perdagangan dua hala Malaysia-India dijangka melepasi AS$18.59 bilion, dicatatkan tahun lepas - PM Anwar | Malaysia, dalam konteks ASEAN, pasti dapat manfaat besar sekiranya rantau ini dapat memperoleh lebih banyak cara dan peluang untuk bekerjasama dengan India - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Khamis, seiring dengan sentimen yang lebih baik dalam pasaran.

Pada 9.20 pagi, kontrak bulan semasa Oktober 2025 meningkat 6.5 mata kepada 1,630.0 dan November 2025 naik 6.0 mata kepada 1,629.50.

Kontrak Disember 2025 menambah 5.5 mata kepada 1,627.50 dan Mac 2026 menokok 7.5 mata kepada 1,610.50.

Jumlah dagangan sebanyak 710 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,850 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 3.01 mata kepada 1,630.51 selepas 38 minit dagangan daripada 1,627.50 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA