BERITA TERKINI   Ringgit diniagakan pada 3.9540 berbanding dolar AS pada rehat tengah hari | Setakat ini, Malaysia belum menerima notis atau pemberitahuan rasmi daripada AS mengenai garis masa untuk meratifikasi ART - Johari | MITI bersama agensinya, MATRADE dan MIDA dibantu oleh MIDF Research sedang melaksanakan analisis kos-faedah (CBA) bagi ART - Johari | Pelaksanaan projek Loji Janakuasa 120MW di Zon Perindustrian Rancha-Rancha pastikan kecukupan bekalan tenaga elektrik di Labuan - TPM Fadillah | Angka ekonomi positif berjaya memperkukuh kedudukan ringgit - PM Anwar | 

Perak Transit Peroleh Sijil GTFS Bagi Bas Bandar Hijau Euro 5

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Perak Transit Bhd (Perak Transit) telah memperoleh Sijil Projek Hijau mengikut Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) di bawah Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Perak Transit berkata pemberian sijil itu adalah selaras dengan inisiatif kumpulan itu memperoleh 30 bas King Long City (Euro 5) bernilai RM17.1 juta. 

Katanya, perolehan itu memenuhi semua kriteria kelayakan GTFS bagi jenis kenderaan cekap tenaga dalam sektor pengangkutan dan kategori pengguna. 

Pengarah Eksekutif Perak Transit Datuk Cheong Peak Sooi berkata kejayaan memperoleh sijil GTFS bagi bas bandar hijau Euro 5 menunjukkan komitmennya terhadap penyelesaian pengangkutan yang mampan dan cekap tenaga.

“Pengiktirafan ini mengesahkan hala tuju strategik kami untuk memodenkan armada kami secara bertanggungjawab, meningkatkan kecekapan operasi dan menyelaraskan pertumbuhan kami dengan matlamat pembangunan hijau Malaysia,” katanya.

-- BERNAMA