BERITA TERKINI   Kelayakan Piala Asia 2027: Laos 0-3 Malaysia | FFC x TMTG : Beberapa sukarelawan Malaysia dikasari termasuk ditendang, ditampar atau dicengkam secara agresif oleh rejim Israel - CEO MyCARE | Perkhidmatan tren LRT antara Stesen Universiti dan Abdullah Hukum alami gangguan bekalan kuasa, kerja baik pulih sedang dijalankan - RapidKL | PKS perlu terima pakai teknologi baru muncul seperti AI, robotik dan automasi, pengkomputeran kuantum, IoT dan Gen-AI untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam rantaian bekalan global - Tengku Zafrul | Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Persendirian (Pindaan) 2025, tambah baik proses pengeluaran, pembaharuan lesen perniagaan agensi persendirian | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa mencerminkan paras tertinggi rekod baharu emas Bursa Komoditi New York (COMEX), Amerika Syarikat apabila permintaan yang kukuh berterusan di tengah ketidaktentuan ekonomi global.

Kontrak bulan semerta baharu Oktober 2025 meningkat kepada US$3,974.30 setiap auns troy daripada US$3,956.80 ketika ditutup pada Isnin.

Kontrak November 2025 menokok kepada US$3,992.50 setiap auns troy daripada US$3,975.00 semalam dan Disember 2025 naik kepada US$4,007.00 setiap auns troy daripada US$3,989.50 sebelumnya.

Kontrak Januari 2026 melonjak kepada US$4,024.00 setiap auns troy daripada US$4,006.50 semalam manakala kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semua ditutup lebih tinggi pada US$4,040.90 setiap auns troy daripada US$4,023.40 sebelumnya.

Jumlah dagangan menurun kepada 417 lot daripada 535 lot ketika ditutup pada Isnin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 465 kontrak daripada 362 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal berada pada US$3,949.45 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 6 Okt, 2025.

-- BERNAMA