BERITA TERKINI   Manifesto GRS dipacu empat rukun utama dan 16 strategi, tawar agenda pembangunan menyeluruh - Hajiji | GRS lancar manifesto dengan tema 'Rumah Kita, Kita Jaga', aku janji lima tahun bawa Sabah maju dan sejahtera - Hajiji | PRN Sabah: Keputusan calon PH tarik diri di DUN Silam dibuat untuk tingkat peluang menang rakan sekutu - Saifuddin Nasution | Keuntungan bersih Public Bank bagi suku ketiga 2025 susut kepada RM1.84 bilion daripada RM1.91 bilion tahun lepas | Geohan akan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 5 Disember, sasar kumpul RM72.6 juta daripada IPO | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung,

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta baharu Oktober 2025 merosot kepada AS$3,872.8 setiap auns troy daripada AS$3,890 ketika ditutup pada Khamis, November 2025 turun kepada AS$3,891.0 setiap auns troy daripada AS$3,908.2 semalam, manakala Disember 2025 merosot kepada AS$3,905.9 setiap auns troy daripada AS$3,923.5.

Sementara itu, kontrak Januari 2026 menguncup kepada AS$3,922.9 setiap auns troy daripada AS$3,940.5 semalam manakala Febuari 2026, April 2026 dan Jun 2026 masing-masing berkurangan kepada AS$3,939.8 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada 212 lot daripada 362 lot semalam manakala kepentingan terbuka turun kepada 259 kontrak daripada 420 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal berada pada AS$3,878.10 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 2 Oktober, 2025. 

-- BERNAMA