BERITA TERKINI   Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035, hala tuju baharu sektor pendidikan tinggi negara akan dilancarkan Januari 2026 - Zambry | Sukan SEA 2025: Skuad hoki lima sebelah lelaki sumbang pingat emas pertama negara, tewaskan Indonesia 7-3 | Sukan SEA 2025: Atlet taekwondo Chin Ken Haw sumbang pingat pertama negara, raih gangsa poomsae gaya bebas individu   | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung.

Kontrak bulan semerta baharu Oktober 2025 merosot kepada US$3,890 setiap auns troy daripada US$3,902.70 ketika ditutup pada Rabu, November 2025 berkurangan kepada US$3,908.2 setiap auns troy daripada US$3,920.90 semalam, dan Disember 2025 rendah kepada US$3,923.5 setiap auns troy daripada US$3,936.20.

Kontrak Januari 2026 berkurangan kepada US$3,940.5 setiap auns troy daripada US$3,953.20 semalam manakala Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup rendah kepada US$3,957.40 setiap auns troy auns berbanding US$3,970.10 sebelum ini.

Jumlah dagangan meningkat kepada 362 lot daripada 309 ketika ditutup semalam manakala kepentingan terbuka menokok kepada 420 kontrak daripada 349 sebelum ini.

Emas fizikal pula pada US$3,872 setiap auns troy mengikut penetapan harga oleh London Bullion Market Association pada 1 Okt 2025.

-- BERNAMA