Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kukuh
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) --Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kukuh pada Khamis.
Pada penutup dagangan, kontrak November 2025 dan Disember 2025 meningkat 9.5 mata masing-masing kepada 1,631.50 dan 1,628.
Kontrak Oktober 2025 menokok 8.5 mata kepada 1,632 dan Mac 2026 melonjak 12.5 mata kepada 1,608.
Jumlah dagangan menambah kepada 9,453 lot daripada 7,201 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka naik kepada 47,487 kontrak daripada 43,511.
Pada 5 petang, FBM KLCI melonjak 16.93 mata, atau 1.04 peratus, kepada 1,637.80, daripada paras penutup 1,620.87 pada Rabu.
-- BERNAMA