BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Selangor 5 -1 Negeri Sembilan | Piala Malaysia: Kuching City 3-1 DPMM | Liek Hou-Mohamad Faris muncul juara beregu lelaki SU5 Kejohanan Para Badminton Dunia 2026 di Bahrain | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta baharu November 2025 berada pada 1,622, Oktober 2025 meningkat 10.5 mata kepada 1,623.50, Disember 2025 menokok 12.5 mata kepada 1,618.50, dan Mac 2026 menambah 9.0 mata kepada 1,595.50.

Jumlah dagangan menyusut kepada 7,201 lot daripada 10,175 pada Selasa, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 43,511 kontrak daripada 59,230.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 8.99 mata, atau 0.55 peratus, kepada 1,620.87, daripada paras penutup 1,611.88 pada Selasa.

-- BERNAMA