BERITA TERKINI   GSF: PM Anwar minta bantuan Presiden Turkiye bawa bersama sukarelawan Malaysia ke Istanbul dengan pesawat khas Turkiye | Tuduhan mengatakan peserta GSF sebagai pengganas adalah biadab, satu propaganda Zionis - PM Anwar | Pendaftaran tuntutan bayaran balik tunai subsidi petrol RON95 bagi syarikat bot penumpang dibuka 9 Okt ini - Armizan | LTdL 2025: Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Kleijn menang peringkat keenam dari Shah Alam ke Port Dickson | Memanfaatkan GovTech dan inovasi digital akan menambah baik perkhidmatan awam, meningkatkan produktiviti dan memacu ekonomi lebih inklusif dan mampan - Amir Hamzah | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Rabu.

Pada 9.35 pagi, kontrak bulan September 2025 dan Oktober 2025 turun 9.5 mata masing-masing kepda 1,596.50 dan 1,594.0, Disember 2025 merosot 8.5 mata kepada 1,588.0, manakala Mac 2026 berkurangan 6.5 mata kepada 1,568.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,759 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 49,955 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 3.81 mata kepada 1,599.74 selepas 50 minit dagangan daripada 1,603.55 pada Selasa.

-- BERNAMA