BERITA TERKINI   PM Anwar zahir penghargaan kepada petugas jayakan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 | Hak-hak negeri perlu dihormati, namun kepentingan Malaysia secara bersama hendaklah sentiasa diutamakan - Agong | Agong ingatkan setiap perbahasan, keputusan dan undian di Parlimen bakal menentukan masa depan negara | Sistem pendidikan baharu mesti selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa Melayu diutamakan - Agong | Undang-undang berkaitan keselamatan negara dan ancaman luar wajar diwujudkan segera, pastikan keharmonian semua kaum dan kedaulatan negara - Agong | 

Destini Peroleh Lanjutan Kontrak RM403.75 Juta Daripada Kementerian Pertahanan

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Unit Destini Bhd, iaitu Destini Prima Sdn Bhd (DPSB) telah menerima surat lantikan bagi lanjutan kontrak daripada Kementerian Pertahanan. 

Destini dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kontrak itu melibatkan pembekalan alat ganti pesawat bukan proprietari untuk Tentera Udara Diraja Malaysia dan nilai kontrak kekal pada RM403.75 juta (had bumbung gabungan dengan 29 kontraktor lain). 

“Tempoh kontrak yang tamat pada 30 Jun 2025 telah dilanjutkan selama 18 bulan lagi, dari 1 Julai 2025 hingga 31 Dis, 2026,” kata Destini iaitu kumpulan industri terpelbagai. 

DPSB perlu menyediakan bon prestasi apabila menerima tempahan daripada kerajaan, dan bon prestasi itu berjumlah 2.5 peratus untuk pesanan melebihi RM200,000 dan 5.0 peratus bagi pesanan melebihi RM500,000.

-- BERNAMA