BERITA TERKINI   23 rakyat Malaysia ditahan di Israel berjaya dibawa pulang hasil usaha diplomasi tertinggi kerajaan - Mohamad | Misi GSF bukan memasuki Israel secara haram, sebaliknya menuju ke Gaza unttuk salur bantuan kemanusiaan - Mohamad | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2025 susut 9.0 mata kepada 1,598.0, Oktober 2025 dan Mac 2026 turun 10 mata setiap satu masing-masing kepada 1,593.5 dan 1,568.0, manakala Disember 2025 berkurangan 9.5 mata kepada 1,588.5.

Jumlah dagangan susut kepada 6,123 lot daripada 8,161 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 45,369 kontrak daripada 45,871 kontrak. 

FBM KLCI turun 12.77 mata kepada 1,598.93 daripada paras penutup 1,611.70 pada Rabu.

-- BERNAMA