BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM FC 1-4 Sabah FC | Bola sepak lelaki Sukan SEA 2025: Malaysia 4-1 Laos | Kerajaan naikkan nilai ambang pengecualian e-invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta berkuat kuasa 1 Jan 2026 - PM Anwar | Bermula Januari 2026, semua projek air, elektrik dan jalan di Sabah akan dipantau setiap bulan oleh Kerajaan Persekutuan bagi elak kelewatan - PM Anwar | 

CTOS Digital Meterai MoU Dengan MyDigital ID Perkukuh Penyelesaian eKYC

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- CTOS Digital Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MyDigital ID Sdn Bhd untuk membangunkan rangka kerja bagi mengkaji penggunaan identiti digital nasional dalam memperkukuh proses pengesahan identiti pelanggan secara elektronik (eKYC).

CTOS merupakan agensi pelaporan kredit terkemuka di Malaysia manakala MyDigital ID ialah platform identiti digital nasional yang disokong kerajaan. 

Menurut CTOS Digital dalam kenyataan hari ini, dengan perjanjian ini, ia telah menjadi agensi pelaporan kredit pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama dengan MyDigital ID.

“Melalui kerjasama ini, CTOS Digital dan anak syarikatnya, termasuk CTOS Data Systems, akan menilai bagaimana MyDigital ID dapat dimasukkan dalam proses pengesahan sedia ada.

“Matlamatnya untuk membina asas penyelesaian eKYC yang lebih selamat, cekap dan lancar, yang akan menyokong usaha mengurangkan risiko penipuan, meningkatkan pematuhan dan menggalakkan penggunaan digital yang lebih meluas,” katanya.

-- BERNAMA