BERITA TERKINI   Ringgit meningkat kepada 3.9155/9200 berbanding dolar AS daripada 3.9260/9310 ketika ditutup pada Isnin | Cadangan Bekerja Dari Rumah buat masa ini tidak libatkan sektor kritikal seperti pendidikan dan kesihatan - Fahmi | Tiada paksaan untuk sektor swasta laksanakan BDR -- Fahmi | Sambutan Hari TVET Negara diadakan 5 hingga 7 Jun 2026 di Dataran Putrajaya - Fahmi | PM Anwar ulangi seruan agar rakyat berbelanja secara berhemah meraikan Syawal  | 

Gamuda JV Muncul Pembida Tertinggi Projek HDB Singapura Bernilai SDG1.01 Bilion

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Gamuda Bhd, Gamuda (Singapore) Pte Ltd, bersama rakan niaga usaha samanya, Evia MCS Pte Ltd dan H108 Pte Ltd muncul sebagai pembida tertinggi bagi projek Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Singapura.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Gamuda berkata syarikat berkenaan telah mengemukakan tender bernilai SGD1.01 bilion (RM3.33 bilion), dengan keputusan tender sementara diumumkan oleh HDB selepas tarikh tutup tender pada 11 Sept 2025.

“Gamuda akan membuat pengumuman yang sewajarnya mengenai tender ini selepas menerima surat setuju terima daripada HDB,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA