BERITA TERKINI   Jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memperkukuh penyelarasan, penguatkuasaan berkaitan e-waste - KP SPRM | Kerajaan akan meneliti kemasukan kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) ke Malaysia bagi melindungi ekosistem automotif negara - Johari | Menara Merdeka 118 dilancarkan secara rasmi sebagai MD Nexus pertama di Malaysia - Gobind | Kementerian Digital fokus pada enam bidang berimpak untuk percepat transformasi digital pada separuh pertama 2026 - Gobind | Nilai ringgit kukuh kepada paras terbaik hampir 8 tahun pada RM3.92 berbanding dolar AS setakat 28 Jan 2026, kekal antara mata wang terbaik di Asia - Amir Hamzah | 

Sunway JV Menang Tender Tanah S$623.91 Juta Di Chuan Grove, Singapura

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Anak syarikat Sunway Bhd, iaitu Sunway Developments Pte Ltd (SDPL) dan Sing Holdings Residential Pte Ltd (SHRPL), telah memperoleh sebidang tanah di Singapura daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Bandar Singapura (URA) untuk pembangunan kediaman bernilai S$623.91 juta (RM2.05 bilion).

Sunway berkata URA menganugerahkan tanah seluas 14,514.3 meter persegi di Chuan Grove dengan pajakan selama 99 tahun kepada SHRPL dan SDPL, berikutan kejayaan tender bersama oleh kedua-dua pihak. 

Syarikat itu berkata Chuan Grove Pte Ltd, iaitu syarikat usaha sama dengan SHRPL dan SDPL masing-masing mempunyai kepentingan ekuiti sebanyak 65 dan 35 peratus, akan dilantik sebagai pemaju yang diluluskan untuk melaksanakan projek tersebut.

“Projek ini dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan Kumpulan Sunway bermula tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2027 dan seterusnya,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

SDPL ialah anak syarikat milik penuh Sunway Holdings Sdn Bhd, sekali gus merupakan anak syarikat milik penuh Sunway.

Sementara itu, SHRPL ialah syarikat yang diperbadankan di Singapuran dan merupakan anak syarikat milik penuh Sing Holdings Ltd.

 

-- BERNAMA