BERITA TERKINI   Tiga lagi anggota pengaman UNIFIL Indonesia cedera dalam serangan di selatan Lubnan, Jakarta mengesahkan | PM Anwar selar sikap hipokrit sesetengah kuasa barat, jadi “guru” hak asasi manusia, tetapi bertindak zalim | Enam modus operandi ketirisan barang kawalan dikenal pasti di seluruh negara - Armizan | Isu krisis tenaga global: PM Anwar buka ruang berbincang dengan pembangkang, pihak yang mahu bantu cari penyelesaian | PM Anwar lulus peruntukan RM296,000 pulihara bangunan hospital pertama di Kuala Kangsar yang kini digunakan SMK Clifford | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Didorong Pasaran Niaga Hadapan Serantau Lemah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan petunjuk yang lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran terjejas oleh ketidaktentuan mengenai keputusan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan krisis geopolitik yang sedang berlaku.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh kenaikan harga minyak mentah,” katanya kepada Bernama.

Harga minyak meningkat pada Rabu berikutan ketegangan geopolitik yang meningkat di Qatar manakala Presiden AS Donald Trump menggesa Eropah untuk mengenakan tarif ke atas pembeli minyak Rusia.

Bagaimanapun, unjuran pasaran lemah telah mengehadkan kenaikan seterusnya.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 1.5 sen kepada 745.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 2.4 sen kepada 577 sen sekilogram.

-- BERNAMA