BERITA TERKINI   Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup dilantik Pengerusi BN Sabah - Setiausaha Agung BN Zambry | Dewan Tertinggi BN terima penyertaan semula PPP - Setiausaha Agung BN Zambry | MIC masih bersama BN, isu keluar hanya spekulasi - Setiausaha Agung BN Zambry | Bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Hafizuddeain dan isteri akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah KL esok - SPRM | Bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohd Nizam akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah KL pada 23 Jan - SPRM | 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dari sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM22.40 bilion berbanding RM12.24 bilion yang dicatatkan pada sebelah pagi ini, manakala kecairan dalam dana Islam bertambah kepada RM19.10 bilion daripada RM19.08 bilion sebelumnya.

Bank pusat itu turut menjalankan tiga tender repo berbalik dan satu repo berbalik semalaman pada awal hari ini.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli serta kemudahan komoditi bercagar Murabahah bertempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat tersebut melaksanakan tender pasaran wang konvensional berjumlah  RM22.40 bilion dan tender pasaran wang Murabahah sebanyak RM19.10 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-I) berada pada 2.75 peratus setakat 8 September 2025.

-- BERNAMA