BERITA TERKINI   Malaysia masih mengekalkan dasar melarang eksport Unsur Nadir Bumi mentah bagi memastikan pembangunan industri hiliran tempatan - Tengku Zafrul | Perolehan LNG dari negara lain termasuk AS adalah keputusan komersial Petronas bagi pastikan bekalan stabil, menunaikan obligasi kontrak dan negara tidak berdepan krisis tenaga -Tengku Zafrul  | Senarai perolehan di bawah perjanjian ART bukan perkara baharu tetapi cadangan perolehan sedia ada syarikat dan tidak melibatkan sebarang dana daripada kerajaan - Tengku Zafrul  | Susulan pemeteraian perjanjian ART, hubungan Malaysia-AS dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif, meletakkan negara dalam rakan kongsi utama terpilih AS - Tengku Zafrul | Sekiranya perjanjian ART tidak segera dimeterai, Malaysia berdepan risiko berkemungkinan kerajaan AS naikkan semula kadar tarif kepada kadar asal iaitu 24 peratus atau jauh lebih tinggi - Tengku Zafrul  | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Selepas Dipacu Niaga Hadapan Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, selepas dipacu oleh pengukuhan dalam pasaran getah serantau dan penanda aras minyak mentah, kata seorang peniaga.

Peniaga tersebut menjelaskan sentimen ini juga disokong oleh unjuran permintaan getah asli (NR) Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) yang lebih baik bagi tahun 2025, walaupun wujud kebimbangan terhadap kekurangan bekalan NR berikutan musim hujan serta keyakinan yang semakin meningkat untuk rangsangan China yang lebih lanjut.

"Bagaimanapun, keuntungan selanjutnya telah dihadkan oleh data ekonomi China yang lebih lemah di tengah-tengah ketidakpastian mengenai tarif perdagangan Amerika Syarikat dan pemotongan kadar faedah," katanya kepada Bernama.

Niaga hadapan getah Jepun melonjak hari ini, menjejaki kenaikan dalam harga minyak mentah pada kebimbangan kekurangan bekalan selepas hujan lebat di negara pengeluar utama, Thailand termasuk jangkaan peningkatan permintaan dari pengeluar kereta. 

Harga minyak meningkat tinggi susulan kebimbangan mengenai gangguan bekalan akibat konflik yang semakin memanas antara Rusia dan Ukraine.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 menokok sebanyak 9.5 sen kepada 753.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal meraih enam sen kepada 575.50 sen sekilogram.

 Pasaran ditutup semalam sebagai ganti Hari Kebangsaan.

-- BERNAMA