BERITA TERKINI   PRN Sabah: Keputusan calon PH tarik diri di DUN Silam dibuat untuk tingkat peluang menang rakan sekutu - Saifuddin Nasution | Keuntungan bersih Public Bank bagi suku ketiga 2025 susut kepada RM1.84 bilion daripada RM1.91 bilion tahun lepas | Geohan akan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 5 Disember, sasar kumpul RM72.6 juta daripada IPO | PIDM lantik Datuk Abu Huraira Abu Yazid sebagai pengerusi berkuat kuasa 15 November, 2025 | Jawatankuasa khas bincang tuntutan 40 peratus hasil Sabah dipengerusikan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan - TPM Fadillah | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Teruskan Aliran Meningkat

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia meneruskan aliran meningkat untuk ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh momentum kukuh berterusan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun tinggi pada Selasa, disokong oleh kebimbangan mengenai bekalan berikutan cuaca buruk di negara pengeluar utama, Thailand.

“Agensi meteorologi Thailand memberi amaran mengenai hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir kilat dari 25 hingga 27 Ogos, 2025.

“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh penurunan harga minyak mentah dan pengumuman tarif terbaru oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 meningkat 9.5 sen kepada 751.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik 4.5 sen kepada 571 sen sekilogram.

-- BERNAMA