BERITA TERKINI   Kementerian Kewangan teroka pelbagai kaedah untuk lebih banyak syarikat berkaitan semikonduktor disenaraikan - Liew Chin Tong | Malaysia dan Tamil Nadu mempunyai hubungan erat, PM Anwar teruja untuk bekerjasama dengan KM Vijay | Anwar ucap tahniah kepada Vijay atas pelantikan sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu | Bot Karam di Pulau Pangkor: 23 pendatang Indonesia selamat, 14 masih hilang, SAR diteruskan - Pengarah Maritim Perak | Jururawat kerjaya mulia, pengorbanan dilakukan besar nilainya kepada rakyat dan negara - PM Anwar | 

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Bercampur-campur, Jejaki Pasaran Serantau

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Isnin, menjejaki trend meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dalam keadaan kenaikan harga minyak, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut disokong oleh kebimbangan mengenai bekalan bahan mentah yang semakin berkurangan di kawasan pengeluar getah asli utama berikutan ramalan musim hujan.

“Agensi meteorologi di negara pengeluar getah utama dunia Thailand  telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan pengumpulan air yang mungkin menyebabkan banjir kilat dan limpahan air bermula 24 hingga 27 Ogos 2025,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun peningkatan selanjutnya dihadkan oleh harapan yang semakin pudar terhadap gencatan senjata segera dalam konflik Rusia-Ukraine yang berterusan serta pengukuhan ringgit berbanding dolar AS. 

Pada 5 petang, ringgit meningkat kepada 4.2010/2085 daripada 4.2245/2295 semasa ditutup pada Jumaat.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 naik 15.5 sen kepada 742 sen sekilogram manakala susu getah pukal rendah 1.0 sen kepada 566.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA