BERITA TERKINI   PH kesal tindakan 14 ADUN UMNO / BN Negeri Sembilan, sifatkan tidak hayati semangat Kerajaan Perpaduan - Fahmi | Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Biobahan Api ditubuhkan bagi menyelaraskan pelaksanaan agenda keselamatan tenaga negara - Akmal Nasrullah | Peranan GLC dan GLIC bukan sekadar pertahan pulangan pelaburan, malah bantu perkukuh daya tahan ekonomi - Akmal Nasrulllah | Kerajaan tumpu pada sektor elektrik, industri pembinaan, pasaran buruh dan penilaian ekonomi jangka sederhana dalam mesyuarat MTEN minggu ini - Akmal Nasrullah | Pasaran ekuiti tempatan berdaya tahan dengan meningkat 1.5 peratus pada Jumaat lepas, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap asas ekonomi negara - Akmal Nasrullah | 

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Rendah, Jejaki Pasaran Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh prestasi lemah dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran dijejaskan oleh ketidaktentuan mengenai keputusan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan krisis geopolitik yang masih berterusan.

“Kesatuan Eropah akan berusaha memastikan tarif AS yang lebih rendah ke atas eksport kereta mereka dilaksanakan secara retroaktif bermula 1 Ogos 2025,” kata pesuruhjaya perdagangannya pada Khamis memandangkan rakan rentas Atlantik itu menetapkan butiran perjanjian perdagangan rangka kerja yang dimeterai pada Julai.

“Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS berkata ketidaktentuan terhadap kesan inflasi berikutan tarif perdagangan Presiden AS Donald Trump adalah faktor ketidaktentuan terbesar yang dihadapi Fed dalam usaha menurunkan kadar faedah,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 berkurangan sebanyak 8.0 sen kepada 726.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut 1.0 sen kepada 567.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA