BERITA TERKINI   Satu Jawatankuasa Khas Siasatan bagi isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM akan ditubuhkan - KSU | Piala Malaysia: JDT 5-0 Melaka | Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan kurnia bantuan RM2,000 kepada 39 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Teluk Jawa | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 meningkat 0.5 mata kepada 1,593.5, September 2025 susut 0.5 mata kepada 1,572.0, Disember 2025 turun 3.0 mata kepada 1,568.06, dan Mac 2026 berkurangan 1.0 mata kepada 1,553.50.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5,839 lot daripada 5,598 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka naik kepada 44,596 kontrak daripada 43,803 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 2.03 mata, atau 0.13 peratus, untuk ditutup kepada 1,588.21 daripada paras 1,590.24 pada Selasa.

-- BERNAMA