BERITA TERKINI   Perbincangan MCMC dengan pihak X diadakan 21 Jan - Fahmi | STR Fasa 1 tahun 2026 disalurkan mulai 20 Jan, beri manfaat kepada lima juta penerima - PMO | Kadar perbelanjaan bantuan SARA capai 100 peratus tahun lepas, bukti keberkesanan kepada rakyat - PMO | Pelaksanaan bantuan, subsidi bersasar bantu sokong kuasa beli golongan memerlukan - PMO | Kadar pengangguran negara mencatat 2.9 peratus, terendah dalam tempoh 11 tahun - PMO | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Jejaki Pasaran Serantau

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan meneruskan trend meningkat sejak Jumaat lepas, kata peniaga.

Menurutnya keadaan ini menjejaki pasaran niaga hadapan getah serantau terutama niaga hadapan getah Jepun yang meningkat berikutan jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata sentimen pasaran turut didorong oleh kebimbangan mengenai bahan mentah yang semakin susut di negara-negara pengeluar getah asli utama seperti Thailand akibat cuaca lembap.

Bagaimanapun katanya peningkatan selanjutnya dikekang oleh penurunan harga minyak mentah berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati sementara menunggu perkembangan mengenai gencatan tarif perdagangan antara AS dan China yang dijangka berakhir minggu ini.

Setakat ini, penanda aras minyak mentah Brent diniagakan rendah 0.84 peratus kepada US$66.03 setong.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat 10.0 sen kepada 736.00 sen per kilogram manakala susu getah pukal naik 5.0 sen kepada 574.00 sen sekilogram.

-- BERNAMA