BERITA TERKINI   Polis belum terima laporan dakwaan Victor Chin berkaitan Ahli Parlimen minta bayaran RM10 juta bagi bantu selesai isu manipulasi korporat - Bukit Aman | Capital A lantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa 6 April | Capital A sedang teroka potensi dwipenyenaraian di Hong Kong pada suku ketiga 2026, dan teruskan rancangan untuk senaraikan AirAsia NEXT di Amerika Syarikat menjelang akhir tahun - Tony Fernandes | Capital A sasar keluar daripada status PN17 selepas catat untung empat suku tahunan berturut-turut - Tony Fernandes | Op Viking: Ahli perniagaan Victor Chin antara 10 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram - Polis | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Ekoran Kebimbangan Peningkatan Bekalan

Oleh K.Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, berikutan kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dan paras inventori domestik dalam beberapa minggu akan datang.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen pasaran turut terjejas akibat kelemahan harga minyak mentah dan minyak kacang soya.

“Kami menjangkakan harga MSM disokong pada paras melebihi RM4,200 satu tan manakala RM4,350 satu tan menjadi paras rintangan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan, kontrak bagi serahan Ogos susut RM30 kepada RM4,220 satu tan, September 2025 turun RM25 kepada RM4,247 satu tan, dan Oktober 2025 kurang RM23 kepada RM4,267 satu tan.

Sementara itu, November 2025 menguncup RM20 kepada RM4,280 satu tan, Disember 2025 turun RM16 kepada RM4,289 satu tan, dan Januari 2026 kurang RM16 kepada RM4,294 satu tan.

Jumlah dagangan susut kepada 53,291 lot daripada 81,986 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 226,626 kontrak daripada 225,916 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Ogos Selatan turun RM30 kepada RM4,230 satu tan.

-- BERNAMA