Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Menjejaki Kejatuhan Pasaran Emas Comex

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, menjejaki kejatuhan pasaran emas COMEX di Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 turun kepada US$3,381.50 setiap auns troy daripada US$3,382.60 setiap auns troy semalam, manakala kontrak September 2025 susut kepada US$3,387.00 setiap auns troy daripada US$3,388.10 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Oktober 2025 merosot kepada US$3,415.70 setiap auns troy daripada US$3,416.80 setiap auns troy, manakala November 2025 menyusut kepada US$3,433.10 setiap auns troy daripada US$3,434.20 setiap auns troy.

Begitu juga dengan kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 masing-masing ditutup lebih rendah kepada US$3,451.00 setiap auns troy daripada US$3,452.10 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan berada pada 25 lot, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 50 kontrak daripada 48 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$3,375.30 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 5 Ogos, 2025.

-- BERNAMA