BERITA TERKINI   Belanjawan 2026: Penjawat awam sahut cabaran untuk terus mempercepatkan proses, prosedur kerja - KSN | Bantuan Khas Kewangan RM500 dapat meningkatkan motivasi penjawat awam dalam melaksanakan tugas, perkasa penyampaian perkhidmatan - KSN | Belanjawan 2026 angkat ekonomi untuk terus mampan, inklusif, berdaya tahan serta mampu mendepani cabaran domestik dan global - KSN | Kerajaan MADANI kekal komited jaga kebajikan rakyat menerusi kesinambungan program bantuan seperti SARA, STR dan Bantuan Awal Persekolahan - Fahmi | Belanjawan 2026 bukti reformasi tadbir urus kerajaan, penjimatan dikembalikan semula kepada rakyat - Fahmi | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh K.Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh jangkaan permintaan bahan api bio yang meningkat.

Pedagang minyak sawit David Ng berkata sentimen pasaran turut meningkat berikutan kebimbangan mengenai pertumbuhan pengeluaran yang lebih perlahan.

“Kami melihat paras harga MSM disokong melebihi RM4,200 setan dan paras rintangan pada RM4,350 setan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak semerta Ogos meningkat RM84 kepada RM4,250 setan, September 2025 menokok RM98 kepada RM4,272 setan, manakala Oktober 2025 melonjak RM103 kepada RM4,290 setan.

Kontrak November 2025 menambah RM100 kepada RM4,300 setan, Disember 2025 naik RM91 kepada RM4,305 setan, dan Januari 2026 meningkat RM87 kepada RM4,310 setan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 81,986 lot daripada 72,995 pada Isnin, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 225,916 kontrak daripada  221,839.

Harga MSM fizikal bagi Ogos Selatan meningkat RM60 kepada RM4,260 setan. 

-- BERNAMA