BERITA TERKINI   Penghargaan ikhlas kepada Perdana Menteri Anwar, Kerajaan China dan Presiden Trump di atas keprihatinan dan pandangan bernas anda.- Pemangku PM Thailand | Penyelesaian yang diumumkan akan menetapkan satu keadaan untuk bergerak ke hadapan, dan sebagai sebuah asas untuk mengendurkan ketegangan di masa hadapan. - PM Kemboja | Hun Manet berterima kasih kepada PM Anwar kerana menjadi tuan rumah kepada "mesyuarat penting ini dan tepat pada masanya", selain daripada inisiatif peribadinya untuk mengantara gencatan senjata serta-merta. | Kemboja dan Thailand mencapai persefahaman bersama, bersetuju dengan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat berkuat kuasa dari pukul 24:00 (waktu tempatan) pada 28 Julai, 2025. - PM Anwar | Thailand, Kemboja setuju untuk gencatan senjata - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata paras rintangan berada pada 1,540 dan pars sokongan pada 1,520, dengan FBM KLCI dijangka kekal dalam jajaran antara 1,510 dan 1,540 pada minggu depan.

"Sejak beberapa minggu lepas, indeks petunjuk pasaran berulang kali menguji dan berlegar sekitar paras 1,530 namun tidak berjaya melepasinya. Pergerakan tidak berubah yang berterusan sejak Jun, ditambah dengan jumlah dagangan yang mengecil, menandakan sentimen pelabur yang berhati-hati," katanya kepada Bernama.

Bagi asas mingguan, kontrak bulan semerta Julai 2025 dan Ogos 2025 meningkat empat mata setiap satu masing-masing kepada 1,531.5 dan 1,528.5, September 2025 menambah 5.5 mata kepada 1,509.5, manakala Disember 2025 meningkat 3.5 mata kepada 1,511.5.

Jumlah dagangan bagi minggu yang baru berakhir ini meningkat kepada 28,103 lot daripada 25,123 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 48,755 kontrak daripada 38,963 kontrak.

FBM KLCI mengakhiri minggu ini dengan prestasi baik, meningkat 7.90 mata kepada 1,533.76 daripada 1,525.86 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA