BERITA TERKINI   Pemenang kategori Filem Terbaik FFM34 bakal dapat sokongan Dana Kandungan Kreatif berjumlah RM1 juta - Teo Nie Ching | GSF: Kesemua 23 aktivis Malaysia akan tiba di KLIA 9.45 malam, esok - KP SNCC | Malaysia, Pakistan perlu perkukuhkan lagi kerjasama dua hala dan melaksanakan dasar yang lebih agresif dan progresif - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis sejajar dengan prestasi kadar asas pasaran tunai yang kukuh.

Pada penutup, kontrak Julai 2025 meningkat 3.0 mata kepada 1,537.0, Ogos 2025 dan September 2025, masing-masing naik 3.5 mata kepada 1,534 dan 1,515.5 serta Disember 2025 menambah 2.5 mata kepada 1,516.0.

Jumlah dagangan naik kepada 4,013 lot daripada 3,814 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 39,381 kontrak daripada 38,937 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 10.53 mata atau 0.69 peratus untuk ditutup kepada paras tertinggi harian kepada 1,540.32 daripada 1,529.79 pada Rabu. 

-- BERNAMA