BERITA TERKINI   Sultan Pahang titah pembinaan Hospital Maran supaya disegerakan | Gelaran, darjah kebesaran bukan perisai untuk bermaharajalela - Sultan Pahang | Malaysia cadang Thailand, Kemboja guna mekanisma Jawatankuasa Am Sempadan selesaikan pertelingkahan diplomatik - Mohamad Hasan | PM Anwar akan terus berhubung dengan Pemangku PM Thailand dan PM Kemboja bagi mencadang proses damai libat kedua-dua negara | Permohonan sertai bidang TVET meningkat daripada 25,000 kepada 229,000 pemohon dalam tempoh dua tahun -- TPM Ahmad Zahid | 

Kenaikan Kadar Tol Bagi 10 Lebuh Raya Ditangguhkan, Kerajaan Tanggung Kos Lebih RM500 Juta - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kerajaan bersetuju menangguh kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata antara lebuh raya yang terlibat adalah Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan 
Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).

“Susulan itu, kerajaan akan menanggung kos lebih RM500 juta,” kata beliau ketika mengumumkan Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi saluran media utama di sini, hari ini.

Anwar berkata pada tahun ini, sebanyak 10 lebuh raya dijadual untuk kenaikan kadar tol. 

-- BERNAMA