BERITA TERKINI   Gangguan bekalan stesen penjana di Melaka punca beberapa kawasan di Lembah Klang, Johor Bahru putus bekalan elektrik - TNB | Pelaku jenayah dalam kawasan sekolah akan dihadapkan ke muka pengadilan - Saifuddin Nasution | PDRM jamin siasatan telus, profesional insiden jenayah dalam kawasan sekolah - Saifuddin Nasution | Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor berjaya tarik minat 104 pelabur berpotensi dengan anggaran pelaburan berjumlah RM29.51 bilion setakat ini - PM Anwar | JS-SEZ terus tunjuk momentum luar biasa tarik pelaburan strategik antarabangsa, catat pelaburan diluluskan cecah RM37 bilion pada separuh pertama tahun ini - PM Anwar | 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi, naik 0.19 peratus pada pembukaan pagi ini, disokong oleh jangkaan aktiviti pembelian semasa harga rendah dalam persekitaran sentimen serantau yang bertambah baik.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.88 mata kepada 1,527.47 daripada 1,524.59 ketika ditutup semalam.

Indeks dibuka tinggi 1.70 mata kepada 1,526.29.

Jumlah dagangan sebanyak 128.25 juta unit bernilai RM67.52 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI mengurangkan kerugian semalam akibat pembelian lewat.

"Volum dagangan melebihi purata menunjukkan peluang dagangan yang lebih tinggi. Kami menjangkakan aktiviti pembelian saham berharga murah berikutan sentimen bertambah baik di seluruh rantau ini.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks penanda aras akan berada dalam aliran dalam julat 1,520-1,530 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah lima sen kepada RM9.57, TNB dan CIMB naik dua sen masing-masing kepada RM13.80 and RM6.54, Public Bank tidak berubah pada RM4.30, manakala IHH turun dua sen kepada RM6.61.

Bagi saham aktif, NexG melonjak satu sen kepada 51.5 sen, TWL merosot 0.5 sen kepada 2.5 sen, Green Packet tidak berubah pada empat sen dan waran MNC Wireless menokok satu sen kepada lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 20.0 mata kepada 11,481.93, Indeks FBMT 100 meningkat 21.30 mata kepada 11,246.12, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 15.97 mata kepada 11,525.68, Indeks FBM 70 menokok 31.75 mata kepada 16,671.63 dan Indeks FBM ACE jatuh 6.56 mata kepada 4,631.12.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 40.24 mata kepada 17,360.65, Indeks Tenaga berkurangan 0.68 mata kepada 738.82, Indeks Perladangan merosot 1.59 mata kepada 7,419.45 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.11 mata kepada 155.75.

-- BERNAMA