BERITA TERKINI   Affin Bank menjangkakan ringgit akan meningkat kepada RM3.80 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini - Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan | Kerja pemetaan utiliti Jalan Masjid India siap 90 peratus, pembaikan laluan pejalan kaki bermula Oktober - Datuk Bandar KL | Lubang benam di Wangsa Maju dipercayai akibat kerja penyelenggaraan utiliti, ditutup dua minggu - Datuk Bandar KL | Tiada lagi pembekuan perolehan aset ATM selepas penstrukturan semula pastikan tiada ketirisan dan kebocoran - Mohamed Khaled | Isu peluru berpandu anti kapal untuk LCS dibincang dengan Norway hujung bulan ini - Khaled Nordin | 

SPRM Serbu Subsidiari NationGate Atas Dakwaan Penyeludupan Logam

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu premis subsidiari milik penuh NationGate Holdings Bhd, NationGate Solution (M) Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada penyiasatan ke atas dakwaan penyeludupan logam sekerap.

"Pihak lembaga melihat dakwaan-dakwaan ini secara serius serta telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan SPRM mendapat kerjasama penuh dan untuk melindungi integriti penyiasatan.

"Syarikat kami tetap teguh dalam komitmennya terhadap piawaian tertinggi tadbir urus korporat, akauntabiliti dan ketelusan," kata NationGate melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, sambil menambah bahawa serbuan itu berlaku pada Isnin.

Ia memberi jaminan kepada pihak berkepentingan bahawa mereka akan berusaha untuk memastikan operasi perniagaan tidak terjejas dan langkah-langkah interim yang sesuai telah disediakan.

Lembaga Pengarah akan membuat pengumuman lanjut mengenai perkembangan material yang mematuhi keperluan penyenaraian Bursa Malaysia Securities Bhd dan seperti yang dikehendaki oleh undang -undang. 

Pada waktu rehat tengah hari, harga saham NationalGate telah meningkat sebanyak lapan sen kepada RM1.69, dengan 27.12 juta saham didagangkan.

-- BERNAMA