BERITA TERKINI   Lembaga pengarah akan umum perkembangan penting dalam mematuhi Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Bhd dan seperti dikehendaki undang-undang - NationGate Holdings | Lembaga pengarah pandang serius dakwaan, ambil langkah proaktif pastikan kerjasama sepenuhnya dengan SPRM - NationGate Holdings | Serbuan SPRM terhadap premis NationGate Solution (M) Sdn Bhd semalam sebahagian daripada siasatan dakwaan seludup logam sekerap - NationGate Holdings Bhd | Hala tuju masa depan dasar perkapalan Malaysia akan ditumpukan kepada pendigitalan, penyahkarbonan maritim dan pembangunan armada strategik - Anthony Loke | Kementerian Pengangkutan telah melaras semula cadangan dasar yang lepas untuk membangunkan sektor perkapalan Malaysia bagi mengurangkan pergantungan terhadap kapal asing dan memodenkan industri - Anthony Loke | 

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, seiring dengan penyusutan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun merosot apabila permintaan tayar yang perlahan menjejaskan sentimen pelabur dan memberi tekanan kepada bahan mentah berkaitan.

Peniaga berkata pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenai tarif selanjutnya pada akhir minggu lepas turut menjejaskan sentimen pasaran.

“Trump pada Sabtu memberi amaran untuk mengenakan tarif sebanyak 30 peratus ke atas import dari Mexico dan Kesatuan Eropah (EU) bermula 1 Ogos, selepas beberapa minggu rundingan dengan rakan dagang utama AS tidak berjaya menghasilkan perjanjian perdagangan menyeluruh," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya penyusutan selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah.

"Harga minyak meningkat pada Isnin, meneruskan kenaikan lebih dua peratus pada Jumaat berikutan pelabur memantau potensi impak sekatan tambahan AS ke atas Rusia yang boleh menjejaskan bekalan global," katanya.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) menyusut lapan sen kepada 718 sen sekilogram manakala susu getah pukal rendah 2.5 sen kepada 564 sen sekilogram.

-- BERNAMA