Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks itu melepasi paras 1,530, menandakan titik perubahan teknikal.
“Selagi indeks kekal di atas paras ini, terdapat kemungkinan untuk meningkat ke paras 1,550–1,570,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2025 dan Disember 2025 turun 4.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,532.0 dan 1,510.50.
Jumlah dagangan meningkat kepada 7,745 lot daripada 4,032 pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 40,748 kontrak daripada 36,910.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.45 mata kepada 1,536.07 daripada 1,536.52 pada Khamis.
-- BERNAMA