BERITA TERKINI   Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tohmahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tomahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Sultan Perlis | ADUN Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah angkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengn prestasi di pasaran tunai pendasar.

Pada sesi penutup, kontrak Jun 2025 meningkat sebanyak 2.5 mata kepada 1,534.0, Julai 2025 naik 3.0 mata kepada 1,533.0, September 2025 menambah 3.5 mata kepada 1,513.0 manakala Disember 2025 susut 15 mata kepada 1,515.0.

Jumlah dagangan turun kepada 10,081 lot daripada 25,846 lot pada Khamis minggu lepas manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 47,099 kontrak daripada 64,676 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.80 mata, atau 0.31 peratus, kepada 1,532.96 daripada 1,528.16 pada Khamis minggu lepas.

-- BERNAMA