BERITA TERKINI   Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tohmahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tomahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Sultan Perlis | ADUN Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah angkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu, seiring dengan kenaikan pasaran tunai.

Pada 9.17 pagi, kontrak Jun 2025 dan Julai 2025, masing-masing meningkat 9.5 mata kepada 1,525 dan 1,522, September 2025 menambah 8.5 mata kepada 1,503.50 dan Disember 2025 naik 10.5 mata kepada 1,509.

Jumlah dagangan sebanyak 15,962 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 60,407 kontrak.

Kadar asas FBM KLCI naik 0.55 peratus atau 8.39 mata kepada 1,522.68 selepas 35 minit dagangan daripada 1,514.29 pada Selasa.

-- BERNAMA