BERITA TERKINI   Belanjawan Sabah 2026: Penjawat awam negeri terima Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 - Masidi | Belanjawan Sabah 2026 catat belanjawan lebihan RM28 juta – Masidi Manjun | Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun bentang Belanjawan Sabah 2026 berjumlah RM6.402 bilion | Sukan SEA 2025: Gimnas negara Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam menang pingat emas acara melombol lelaki | Sukan SEA 2025: Malaysia raih pingat emas keenam menerusi atlet karate wanita negara C.Shahmalarani dalam acara kumite wanita bawah 50 kilogram | 

Niaga Hadapan KLCI Meningkat Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih tinggi pada awal dagangan Selasa.

Pada 9.15 pagi, kontrak Jun 2025 meningkat sebanyak 4.0 mata kepada 1,512.50, Julai 2025 naik 5.0 mata kepada 1,511, September 2025 menokok 6.0 mata kepada 1,492.0, dan Disember 2025 meraih 9.5 mata kepada 1,499.50.

Jumlah dagangan sebanyak 2,930 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 44,606 kontrak.

Sementara itu, asas FBM KLCI turun 0.97 mata selepas 34 minit dagangan dijalankan, mencecah paras 1,515.64 berbanding penutupan Isnin pada 1,516.61.

-- BERNAMA