BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Selangor FC 1-1 BG Pathum United | Tiga kanak-kanak ditemukan lemas di kolam kumbahan berhampiran sebuah flat di Sibu Jaya, Sibu petang tadi - Bomba | Pengimportan sisa elektronik (e-waste) akan diklasifikasikan di bawah kategori Larangan Mutlak - Azam Baki | Jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memperkukuh penyelarasan, penguatkuasaan berkaitan e-waste - KP SPRM | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Harga Minyak Merosot

Oleh Abdul Hamid A Rahman and K Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata pasaran turut terjejas oleh kemerosotan harga minyak mentah.

“Harga minyak turun mendadak dalam perdagangan Asia pada Jumaat selepas White House memberi isyarat bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump hanya akan membuat keputusan mengenai menyertai perang Iran-Israel dalam masa dua minggu,” katanya kepada Bernama. 

Pada masa ini, harga minyak mentah Brent merosot 1.90 peratus kepada US$77.35 setong.

Bagaimanapun, katanya penurunan niaga hadapan getah seterusnya dikekang oleh optimisme terhadap langkah-langkah rangsangan ekonomi tambahan China dan kebimbangan mengenai bekalan getah asli disebabkan cuaca tidak menentu di Thailand.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) berkurangan 6.5 sen kepada 703.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal menurun 0.5 sen kepada 589.0 sen sekilogram.

-- BERNAMA