Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal pada Jumaat.
Pada 9.15 pagi ini, kontrak niaga hadapan Jun 2025, Julai 2025 dan Disember 2025 masing-masing meningkat sebanyak 2.0 mata kepada 1,496.50, 1,493.0 dan 1,480.0 manakala September 2025 naik 1.5 mata kepada 1,475.50.
Jumlah dagangan sebanyak 860 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 38,304 kontrak.
FBM KLCI meningkat 1.31 mata kepada 1,502.75 selepas 35 minit dagangan dijalankan daripada 1,501.44, semalam.
-- BERNAMA