BERITA TERKINI   Rasuah adalah pengkhianatan terhadap amanah rakyat, tiada toleransi dalam pentadbiran negara - Agong | Agong zahir amaran ramai lagi dalam radar Seri Paduka Baginda untuk misi perangi rasuah | PDRM rampas vape, bahan cecair vape bernilai lebih RM8.8 juta dalam Op E-Cig Mega serentak di 13 negeri- Datuk Fisol   | Kementerian Komunikasi junjung titah Raja Permaisuri Agong mahu keselamatan kanak-kanak, remaja di alam maya diberi perhatian serius pihak berkuasa - Fahmi | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Abdul Hamid A Rahman and K Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, dipengaruhi oleh aliran penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan Jepun menamatkan lonjakan empat hari berturut-turut hari ini, apabila permintaan untuk bahan pembuatan tayar semakin lemah di negara pengguna utama iaitu China.

Katanya, sentimen pasaran turut terjejas dengan ketegangan geopolitik yang berterusan di Eropah dan Asia Barat.

“Pegawai kanan Amerika Syarikat bersiap sedia untuk kemungkinan berlakunya serangan ke atas Iran menjelang akhir minggu ini, walaupun keadaannya masih tidak jelas,” kata peniaga itu.

Bagaimanapun, beliau berkata penurunan selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah dan ringgit yang lebih lemah berbanding dolar AS.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot kepada 5.5 sen kepada 710.00 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat 2.5 sen kepada 589.50 sen sekilogram. 

-- BERNAMA