BERITA TERKINI   Banjir di Sabah pulih sepenuhnya, pusat pemindahan terakhir di Beaufort ditutup 4 petang ini - JPBN | Inisiden letupan kompresor di sebuah universiti swasta, mangsa terlibat meningkat 10 orang termasuk seorang maut- Ketua Polis KL | Empat pelajar antara sembilan cedera dalam letupan kompresor di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara - Ketua Polis KL | Rapid Bus akan terima 250 bas elektrik termasuk 75 Rapid Penang dijangka tiba Mac ini - Loke | Bomba sahkan letupan akibat kebocoran gas penghawa dingin di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, dua kakitangan cedera. | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid and K Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, disokong oleh harga minyak kacang soya yang tinggi di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata harga minyak kacang soya melonjak didorong terutamanya oleh mandat campuran bahan api bio yang tinggi di Amerika Syarikat.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,000 satu tan dan paras halangan pada RM4,150 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada sesi penutup, kontrak bulan semasa Jun meningkat RM21 kepada RM4,085 satu tan, Julai 2025 naik RM27 kepada RM4,099 satu tan dan Ogos 2025 menambah RM36 kepada RM4,100 satu tan.

September 2025 naik RM42 kepada RM4,093 satu tan, Oktober 2025 meningkat RM42 kepada RM4,089 satu tan dan November 2025 menambah RM40 kepada RM4,090 satu tan.

Jumlah dagangan merosot kepada 67,036 lot daripada 110,158 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 233,309 kontrak daripada 235,561 kontrak sebelum ini.  

Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan naik RM20 kepada RM4,100 satu tan.

-- BERNAMA