BERITA TERKINI   Pelaburan Intel di Malaysia bakal berkembang dengan kompleks pembungkusan termaju dan pembuatan pemasangan akan bermula operasi pada lewat tahun ini - PM Anwar  | Pemandu e-hailing, P. Mahendra Bhoopaty, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu ketenteraman awam pada 27 Feb | Arun Dorasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jawi atas pertuduhan membuat kenyataan sebabkan kegentaran awam tahun lepas | Zamri Vinoth didakwa buat kenyataan timbul kegentaran awam semasa perhimpunan di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah berikutan langkah pengambilan untung yang berterusan, manakala risiko geopolitik mempengaruhi permintaan terhadap aset selamat itu.

Kontrak semerta bulan Jun 2025 menyusut kepada US$3,385.60 setiap auns troy daripada US$3,425.20 pada Isnin, manakala Julai 2025 merosot kepada US$3,394.10 daripada US$3,433.70 sebelumnya.

Kontrak Ogos, September dan Oktober 2025 turun kepada US$3,413.90 setiap auns troy daripada US$3,453.20 pada Isnin.

Jumlah dagangan melonjak kepada 96 lot daripada 25 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka menambah kepada 131 kontrak daripada 61 kontrak.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 16 Jun, harga emas fizikal berada pada US$3,397.6 setiap auns troy.

-- BERNAMA