BERITA TERKINI   SST buah import: Lebih banyak penjelasan akan dibuat bagi elak kekeliruan rakyat - PM Anwar | Lantikan Ketua Polis Negara masih belum dimuktamad - PM Anwar | Kerajaan tidak naikkan harga minyak (RON95) walaupun ketegangan berlaku antara Iran-Israel ketika ini - PM Anwar | E-waste bernilai lebih setengah bilion ringgit dirampas, 453 individu ditahan dalam Op Hazard 2.0 - Pengarah KDNKA Bukit Aman | 

SME Bank, BSN Bekerjasama Perkasa Usahawan Tempatan Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menandatangani memorandum persefahaman untuk memperkasa usahawan tempatan Malaysia.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, SME Bank berkata kerjasama itu bertujuan untuk melonjakkan pertumbuhan usahawan dengan meningkatkan akses kewangan, membina keupayaan dan memacu transformasi digital, sekali gus mengukuhkan peranan institusi kewangan pembangunan (IKP) dalam pembangunan negara.

Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mohammad Hardee Ibrahim berkata teras kerjasama ini adalah kumpulan meluas pelanggan mikro kewangan BSN, yang boleh memanfaatkan rangkaian alat digital SME Bank yang mantap, yang disesuaikan khas untuk pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Ini khususnya melalui platform ScoreXcess kami, iaitu portal sehenti bagi permohonan pembiayaan perniagaan untuk pembiayaan kecil dan mikro, yang dikendalikan oleh cabang pembinaan kapasiti dan latihan kami, Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Usahawan (CEDAR).

“Dengan menggabungkan kepakaran kedua-dua institusi, kerjasama ini menggambarkan usaha bersama antara dua IKP untuk mempercepatkan pertumbuhan keusahawanan dan menyediakan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan semasa usahawan,” katanya.

Mohammad Hardee turut berkata SME Bank akan terus menyokong PKS daripada sektor-sektor utama, termasuk pelanggan BSN apabila mereka bersedia untuk berkembang, selaras dengan mandat bank untuk memperkasa PMKS pada setiap peringkat perniagaan mereka.

Beliau berkata sokongan bank itu merangkumi pembiayaan dan inisiatif melangkaui pembiayaan, termasuk segmen teknologi dan digitalisasi melalui Dana Transformasi Teknologi PKS (STTF) serta Pembiayaan Ekosistem Payung.

“Kami juga berbangga untuk menggerakkan Kemudahan Teknologi Tinggi dan Hijau (HTG) Bank Negara Malaysia bagi membantu PKS berkembang dalam sektor strategik dan mampan,” tambahnya.

-- BERNAMA