BERITA TERKINI   Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tohmahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tomahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Sultan Perlis | ADUN Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah angkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini walaupun prestasi kadar asas pasaran tunai positif.

Pada sesi penutup, bulan semasa Jun 2025 merosot tiga mata kepada 1,512.0, Julai 2025 dan September 2025, masing-masing berkurangan enam mata kepada 1,510.5 dan 1,492.0 serta Disember 2025 susut lima mata kepada 1,497.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4,889 lot daripada 3,315 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka naik kepada 40,297 kontrak daripada 38,142 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 8.51 mata atau 0.56 peratus kepada 1,518.11 daripada 1,526.62 semasa ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA