BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Negeri Sembilan 0-1 Selangor | Isu tanah ladang komersial Felda di Terengganu dijangka selesai dalam masa terdekat - TPM Ahmad Zahid | Kerajaan belanja lebih RM200 juta bagi Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir tahun lepas - TPM Ahmad Zahid | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan meningkatnya minat terhadap logam berharga itu.

Kontrak bulan semerta Jun 2025 meningkat kepada US$3,347.8 setiap auns troy daripada US$3,339.5 setiap auns troy pada Selasa, manakala kontrak Julai 2025 menokok kepada US$3,356.3 setiap auns troy daripada US$3,348.0 setiap auns troy semalam.

Kontrak Ogos, September dan Oktober 2025 semuanya meningkat kepada US$3,375.8 setiap auns troy daripada US$3,365.3 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan menurun kepada 38 lot berbanding 54 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka meningkat sedikit kepada 84 kontrak daripada 83 kontrak.

Berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 10 Jun, harga emas fizikal berada pada US$3,337.7 setiap auns troy. 

-- BERNAMA