BERITA TERKINI   Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tohmahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tomahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Sultan Perlis | ADUN Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah angkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi kukuh di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2025 meningkat 11.0 mata kepada 1,522, Julai 2025 dan Dismber 2025 naik 11.5 mata masing-masing kepada 1,520 dan 1,508, manakala September 2025 menokok 10.0 mata kepada 1,502.5.

Jumlah dagangan merosot kepada 5,006 lot daripada 5,299 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 39,630 kontrak daripada 38,294 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 6.89 mata, atau 0.45 peratus kepada 1,523.84 daripada 1,516.95 pada Selasa.

-- BERNAMA