BERITA TERKINI   Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tohmahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tomahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Sultan Perlis | ADUN Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah angkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2025 dan September 2025 turun lima mata masing-masing kepada 1,511 dan 1,492.5, Julai 2025 susut 4.5 mata kepada 1,508.5 dan Disember 2025 berkurangan 7.5 mata kepada 1,496.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5,299 lot daripada 3,623 lot pada hari Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 38,294 kontrak daripada 36,250 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 2.46 mata kepada 1,516.95 daripada paras penutup 1,519.41 pada Isnin.

-- BERNAMA