BERITA TERKINI    KDN akan mula daftar pelarian sendirian, berasingan daripada UNHCR - Saifuddin Nasution | Sempadan Kalimantan: Lebih 10 pintu masuk baharu akan dibuka dengan peruntukan RM1 billion - Saifuddin Nasution | MITI akan mengadakan sidang media pada Rabu 9 Julai, 2025 pada pukul 6 petang di Menara MITI mengenai pengenaan tarif AS sebanyak 25 peratus ke atas eksport Malaysia - Tengku Zafrul | UniKL-ASTI akan jadi komponen penting dalam ekosistem pembangunan logistik serantau, Perlis sebagai hab strategik - Ahmad Zahid | Kampus UniKL-ASTI bakal jadi pemangkin utama perkasa pendidikan tinggi teknikal berasaskan pengangkutan, logistik mapan - Ahmad Zahid | KDN akan mula daftar pelarian sendirian, berasingan daripada UNHCR - Saifuddin Nasution | Sempadan Kalimantan: Lebih 10 pintu masuk baharu akan dibuka dengan peruntukan RM1 billion - Saifuddin Nasution | MITI akan mengadakan sidang media pada Rabu 9 Julai, 2025 pada pukul 6 petang di Menara MITI mengenai pengenaan tarif AS sebanyak 25 peratus ke atas eksport Malaysia - Tengku Zafrul | UniKL-ASTI akan jadi komponen penting dalam ekosistem pembangunan logistik serantau, Perlis sebagai hab strategik - Ahmad Zahid | Kampus UniKL-ASTI bakal jadi pemangkin utama perkasa pendidikan tinggi teknikal berasaskan pengangkutan, logistik mapan - Ahmad Zahid |

Malaysia, Poland Sedia Perkukuh Hubungan Dalam Industri Halal, Pertahanan, Hidrogen Hijau Dan Teknologi Digital - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Poland perlu mempamerkan keupayaan kedua-dua negara untuk bekerjasama dalam sektor utama seperti industri halal, pertahanan, teknologi digital dan hidrogen hijau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada sidang media bersama dengan Presiden Poland Andrzej Duda, Anwar berkata kekuatan Poland dalam teknologi moden dan maju menjadikannya rakan yang semakin penting dalam Kesatuan Eropah dan rantau ini.

“Kita perlu mempamerkan keupayaan Malaysia dan Poland untuk bekerjasama dalam bidang yang telah dibincangkan termasuk industri halal dan dengan kekuatan anda dalam teknologi moden,” kata beliau.

Anwar berkata lawatan peringkat tinggi terakhir Poland ke Malaysia adalah pada 1999 dan sejak itu, negara tersebut telah mencapai pertumbuhan yang luar biasa terutamanya dalam teknologi baharu, kecerdasan buatan, teknologi makanan dan tenaga hijau.

“Saya berharap dapat meningkatkan hubungan dua hala ini dalam bidang pertahanan, teknologi makanan, perdagangan, pelaburan, teknologi digital, tenaga boleh baharu dan kepakaran baharu anda (Poland) dalam hidrogen hijau,” kata beliau.

Presiden Duda dan isteri tiba di Putrajaya semalam untuk lawatan rasmi tiga hari yang bertujuan memperkukuh hubungan dua hala dan memperluas kerjasama antara kedua-dua negara.

-- BERNAMA